Adakah Produk Kecantikan Anda Selamat?

Setiap hari cuci wajah, sapu toner, serum, pelembab, foundation, gincu, lip gloss dan macam-macam lagi.. untuk nampak kemas berdandan dan sedap dipandang mata suami mahupun orang sekeliling.. terasa penuh yakin kaki melangkah ke mana saja bila rasa diri kemas elok dipandang.Tidak kira anda hanya surirumah mahu pun bekerja, adakah anda ambil berat tentang KESELAMATAN bahan-bahan dalam produk kecantikan & penjagaan peribadi anda?

Adakah anda tahu cara bagaimana untuk membaca & memahami LABEL pada produk yang anda gunakan setiap hari?

Tahukah anda bahawa produk kecantikan yang menggunakan bahan HALAL belum tentu selamat pada kulit atau kesihatan anda?

Produk MAHAL berharga ribuan ringgit yang diimport dari luar negara juga BELUM TENTU menggunakan bahan selamat dalam produk mereka. Lebih-lebih lagi MEREKA KAJI & TAHU ramai WANITA MALAYSIA kurang ambil tahu keselamatan produk yang mereka beli. Mereka tahu wanita Malaysia sanggup menghabiskan ribuan wang untuk kelihatan cantik. Jangan anda jadi lubuk tempat PRODUK LUAR NEGARA mengaut keuntungan besar dari kelemahan sikap kita terhadap keselamatan produk kecantikan.

Tidak kira produk import atau buatan Malaysia, SIASAT DULU sebelum beli. Baru puas hati beli & guna produk mahal yang SELAMAT & HALAL.

Sebagai seorang pengguna BIJAK, anda perlu AMBIL TAHU apa yang terkandung dalam produk yang anda sapukan pada kulit wajah & tubuh anda setiap hari. Ini adalah kerana terdapat bahan kurang selamat sekiranya digunakan secara berlarutan, boleh menyebabkan masalah kulit & kesihatan diri. Ada yang sampai tahap mampu menyebabkan masalah kanser! Tak rasa ‘seram’ ke?

Penting untuk anda CEGAH sebelum timbul apa-apa masalah pada diri anda. Menyesal kemudian tiada gunanya. SENDIRI TANGGUNG.

Jom ikuti perkongsian percuma kami di pautan Siri Edisi Siasat Kosmetik ataupun di FB #RonaseraNaturalOfficial agar anda dapat belajar mengenali bahan-bahan yang kurang selamat yang mungkin terdapat dalam produk yang anda gunakan selama ini tanpa anda sedari (walaupun anda SANGKA selamat sebab beli di kedai Farmasi).

Jadilah pengguna BIJAK dan bersama-sama bantu orang lain menjadi bijak seperti anda dengan berkongsi info yang kami sediakan, kepada rakan-rakan anda!

#RonaseraNaturalOfficial
#CantikNakSihatMestilahNak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *