Ronasera Vitamin C Mask & Scrub

Vitamin C Mask Scrub Ronasera
Isipadu : 50g
Harga : RM59.00

  • Penerangan

    Alami perbezaan ketara yang akan Ronasera Vitamin C Mask & Scrub lakukan pada kulit anda.

    Menampilkan oat organik, beras, tanah liat putih semulajadi, susu kambing, tanah liat bentonit, asid L-askorbik dengan ekstrak timun & biji tembikai. Diperkaya dengan manfaat frankincense, palmarosa dan chamomile.

    Masker & scrub ini membantu memperbaharui permukaan kulit, menawarkan tekstur yang licin pada kulit.

    Fungsi dan kegunaan

    • Sebagai mask pencerah.
    • Sebagai scrub lembut untuk buang sel-sel mati kulit kusam.
    • Jika tiada pembersih wajah yang lain, anda boleh gunakannya sebagai pembersih bebas sabun.

     

    Tujuan

    Walaupun pencuci wajah tetap menghilangkan kekotoran permukaan, masker berasaskan tanah liat ini akan menarik toksin dari dalam kulit supaya ia dapat dibersihkan. Tanah liat menegangkan dan menghaluskan kulit serta menawarkan kulit yang licin dan lembut. Masker mesti diikuti oleh pelembab kulit untuk mencegah dehidrasi.

    Pembentukan sel kulit mati menyebabkan penampilan yang kasar dan membosankan. Pengelupasan lapisan sel teratas yang kering akan menghasilkan kulit yang muda dan berseri.

    Bahan-bahan

    • Oats organic – Melegakan masalah radang kulit & sebagai pembersih natural lembut
    • Beras perang – Antioxidant, pencerah & scrub particles
    • Susu kambing asli – Menanggalkan sel-sel kulit mati (natural lactic acid)
    • Kaolin Clay – Menyerap lebihan minyak
    • Yellow French Clay – Merawat kulit sensitif
    • Bentonite Clay – Detox kulit
    • Citrullus Lanatus (Ekstrak biji tembikai)
    • Solanum Lycopersicum (Ekstrak tomato)
    • Cucumis Sativus (Ekstrak timun)
    • Ekstrak Frankincense (antipenuaan), Chamomile (menenangkan masalah radang kulit)
    • L-ascorbic acid (pure) – Cara terbaik untuk digunakan adalah dengan menggunakannya secara SEGERA selepas dibancuh.

     

    Nota:

    Produk Ronasera tidak menggunakan serum Vitamin C yang sudah lama dibancuh seperti sesetengah produk yang terdapat di pasaran. Ini disebabkan Vitamin C mudah teroksida apabila terkena air & udara. Khasiat akan berkurangan.

  • Bila Perlu Digunakan

    Pada waktu malam, dua hingga tiga kali seminggu untuk hasil terbaik.

    Beberapa kali seminggu untuk kulit biasa / berminyak / pori tersumbat. Jangan picit jerawat kerana ia dapat mengelakkan jangkitan kulit dari merebak.

    Sekali seminggu untuk kulit sensitif.

    Cara Penggunaan

    Mulakan dengan membersihkan wajah anda dengan Gentle Botanical Face Wash.

    Menggunakan mangkuk kecil yang telah disediakan, buat pes masker dengan mencampurkan 1 sudu teh air bersih dengan 1 sudu teh rata serbuk masker. Kacau perlahan untuk membentuk tampalan lembut dan sapukan ke wajah serta bahagian bawah dagu menggunakan jari bersih atau berus masker.

    Bersantailah selama 10-15 minit, sehingga masker hampir kering. Sapukan sedikit air untuk melembabkan semula masker dan urut perlahan-lahan dengan jari menggunakan pergerakan membulat kecil selama kira-kira 1-2 minit untuk merangsang peredaran mikro kulit & menanggalkan sel-sel kulit mati dari permukaan kulit. Jangan urut atau gosok dengan terlalu kasar. Memadai urut dengan perlahan kulit lembap secara gerakan membulat yang kecil, serta berikan perhatian khusus kepada zon T jika perlu.

    Bilas dengan air bersih. Pastikan kulit dibilas dengan sebersih-bersihnya. Kemudian, keringkan wajah dan leher anda menggunakan kain bersih dan rasakan kelembutan kulit yang bersih dan segar.

    Tip-tip untuk memberi kesan yang lebih baik

    1) Sapukan beberapa titis Ronasera Skin Softener ke wajah anda terlebih dahulu sebelum memakai pes masker yang disediakan.

    2) Tambahkan madu asli ke dalam masker sebesar saiz kacang.

    3) Anda boleh menggantikan air untuk mencampurkan pes tersebut dengan air mawar, air teh hijau atau air bunga lain yang anda sukai.

    4) Sekiranya anda kesuntukan masa, tambahkan 1 sudu teh serbuk masker ke dalam setitik Gentle Botanical Face Wash. Tambahkan sedikit air dan gosokkan pada wajah anda selama lebih kurang 1 minit. Tambah sedikit air jika perlu untuk memudahkan tindakan mengurut wajah anda. Ianya adalah untuk memudahkan jari anda meluncur semasa mengurut, serta agar tidak terlalu cair atau terlalu pekat.

    Bilas dengan menggunakan air bersih yang banyak.

    Nota:

    Apabila pes dicampur dengan Gentle Botanical Face Wash, jangan biarkan ia di wajah lebih dari 1 minit kerana ia mengandungi surfaktan.

Nota:

  • Produk Ronasera dihasilkan dalam skala kecil bagi memastikan pelanggan mendapat khasiat herba yang masih segar ketika dibeli.
  • Pastikan produk digunakan dalam masa 3 bulan selepas dibuka.
  • Kualiti produk Ronasera adalah di dalam kandungan formulanya, bukan pada  botol yang nampak canggih atau mewah.