
Kredit : Commons.wikimedia.org
Minyak Tamanu : Si Hebat yang Terpinggir
Sejarah
Minyak tamanu diperbuat daripada biji-bijian kacang dari pokok tamanu. Nama saintifik pokok tamanu ialah Calophyllum inophyllum. Ia merupakan sejenis pokok malar hijau.
Orang-orang Melanesia purba dari Vanuatu telah menemui penawar semula jadi dari pokok tamanu. Pokok tamanu dianggap sebagai pokok suci sejak sekian lama. Ia ditanam di Marae (tempat suci). Dikatakan bahawa tuhan-tuhan itu bersembunyi di dalam pepohonan pokok tamanu untuk memerhatikan aktiviti manusia. Ciri-ciri luar biasanya telah menyebabkan ia juga dipanggil “emas hijau”. Walaupun pokok ini tumbuh dengan perlahan, ia boleh membesar sehingga 30 meter tinggi. Di Vanuatu, pokok ini biasanya tumbuh meliar di tepi pantai.
Pokok ini sebenarnya berasal dari kawasan tropika di Asia Tenggara tetapi ia telah berkembang terutamanya di negara-negara tropika seperti Pulau Melanesia di Vanuatu yang eksotik dan di pulau-pulau Polinesia seperti Tahiti. Ia juga boleh didapati di beberapa bahagian Asia Tenggara, Malaysia, Sri Lanka, Vietnam dan juga India Selatan.

Kredit : Beautymunsta.com
Pokok Tamanu telah dikenali dengan banyak nama. Sebagai contoh di Vanuatu, pokok ini juga dikenali sebagai “Nabagura”. Di Fiji, ia dipanggil “Dilo” atau “Dolno”, “Ati” di Tahiti, “Fetau” di Samoa, “Funa” di Maldives dan “Kamani” di Hawaii.
Buah tamanu yang dipetik sendiri dengan tangan dari pokok-pokok tamanu liar di tepi pantai; bukannya yang tumbuh di pedalaman, dikatakan berupaya menghasilkan minyak tamanu yang berkualiti tinggi. Minyak tamanu asli adalah ekstrak 100% tulen dan semulajadi dari pokok tamanu dan ia tidak mengandungi bahan kimia, bahan tambahan atau bahan pengawet tiruan.
Dengan menggunakan tradisi nenek moyang serta kebijaksanaan penuaian orang Melanesia, pengeluar minyak tamanu telah menggunakan teknologi moden iaitu proses ‘cold pressed’ (perahan dingin) bagi mengekstrak minyak tamanu yang berkualiti tinggi. Teknologi ini membolehkan kita menggunakan minyak tersebut tanpa memerlukan penambahan bahan kimia lain di dalamnya.

Kredit : Volcanicearth.com
Minyak tamanu yang diperbuat daripada kacang tamanu hanya boleh dituai dua kali setahun. Apabila kacang dituai, ia mesti dibiarkan selama 6 hingga 8 minggu bagi “mematangkannya”. Selepas proses itu selesai, minyak sudah boleh diekstrak melalui proses cold pressed (perahan dingin) tanpa melibatkan proses pemanasan yang bersuhu tinggi atau penambahan bahan kimia bagi menghasilkan minyak tamanu berkualiti tinggi, asli, berwarna hijau gelap dan mewah dengan khasiat.
Kacang tamanu yang banyak diperlukan bagi menghasilkan minyak tamanu yang hanya sedikit. Kebiasaannya, empat pokok tamanu mampu menghasilkan 20 Liter minyak tamanu asli, bergantung kepada saiz dan hasil pokok. Nisbah penghasilan rendah ini adalah sebab utama kos minyak tamanu asli yang agak tinggi.
Aroma Minyak Tamanu
Minyak tamanu tulen mempunyai sejenis bau tersendiri yang kuat dan hampir berbau seperti ubat-ubatan. Walau bagaimanapun, berita gembiranya adalah ia boleh digunakan sebagai ramuan penjagaan kulit yang hebat dan mujarab. Ia boleh dicampurkan dengan minyak tumbuh-tumbuhan asli yang lain bagi mengurangkan kekuatan aromanya.
Keselamatan Minyak Tamanu Terhadap Haiwan Peliharaan
Bukan semua minyak semulajadi atau ubat farmasi untuk kegunaan manusia adalah selamat untuk merawat haiwan peliharaan. Minyak tamanu didapati selamat untuk merawat masalah kulit pada kucing dan kuda.
Kajian Saintifik
Minyak tamanu mempunyai sejarah yang hebat dan panjang. Pada awal tahun 1918, French Pharmacopoeia telah mendapati bahawa minyak ini sangat berkuasa dengan sifat penyembuhannya. Ia telah mendorong mereka untuk menjalankan penyelidikan dan ujian klinikal secara topikal (sapuan), telan (oral) dan suntikan.
Pada tahun 1928, Sister Marie-Suzanne yang merupakan seorang mubaligh Persatuan Mary telah menguji sifat perubatan yang ada pada buah tamanu. Pada tahun 1934, beliau telah berjaya menggunakannya secara berkesan untuk merawat kusta (leprosy) dan mendapati bahawa ia mempunyai kesan analgesik (bahan yang melegakan kesakitan) serta bersifat penenang.
Pada Mei 2013, Pacific Oceans Island Centre di Osaka, Jepun, telah memerhatikan ORAC (Kapasiti Penyerapan Radikal Oksigen) pada minyak tamanu. Minyak tamanu yang berasal dari Vanuatu dikecualikan daripada 26 bahan alergi yang tersenarai dalam arahan Eropah / 2003/15/CE.
Seterusnya, banyak kajian saintifik telah berjaya membuktikan kehadiran sifat perubatan dan kosmetik di dalam minyak tamanu yang hebat ini. Berikut adalah penemuan saintifik yang direkodkan:
(a) Hypoallergenic (tidak merengsa dan tidak sensitif). 1
(b) Meningkatkan peredaran mikro. 2
(c) Minyak Tamanu mengandungi SC Glucan yang boleh memberikan perlindungan Ultra violet (UV) semulajadi. Penapis UV semulajadi ini mampu menghalang 85% daripada kerosakan DNA dan tekanan oksidatif yang disebabkan oleh radiasi UV (SPF 18-22) pada kepekatan rendah 1% dalam persediaan opthalmik. 3
(d) Anti keradangan 4
(e) Anti jerawat dan antiseptik. 5
(f) Kebersihan badan (bau badan, jangkitan, ruam kulit, dermatitis dan psoriasis) 6
(g) Antibiotik, anti-beku, pencegah kulat 7dan kesan antibakteria 8
(h) Kesan pertumbuhan semula pada sel-sel epidermis, penyembuhan luka seperti melecur, luka, keretakan dan parut. 9
(i) Kesan melembabkan, menyuburkan dan membaik pulih sel-sel epidermis pada kulit yang kering dan rosak, kedutan dan anti penuaan. 10
(j) Memperbaiki penampilan parut lama yang berusia 1 tahun atau lebih. 11
(k) Agen pencegah kanser (anti tumor-promoting agents). 12
(l) Anti viral 13
(m) Kesan yang dapat melegakan dan melindungi kulit seperti selaran matahari (sunburn), bengkak atau keradangan, kemerahan kulit dan gigitan serangga. 14
(n) Ejen anti-HIV semulajadi 15
Nota penting:
Sila ambil perhatian. Minyak tamanu mempunyai khasiat hebat merawat pelbagai masalah kulit secara berkesan dan semulajadi. Namun, ia TIDAK SESUAI digunakan oleh individu yang mempunyai masalah ALAHAN terhadap KEKACANG.
Artikel berkaitan:


2 thoughts on “”