Khasiat Hebat Minyak Tamanu

Khasiat Minyak Tamanu

Minyak tamanu mempunyai banyak kelebihan dan kemampuan. Keupayaan ubat ini untuk menyembuhkan kulit telah melampaui banyak ubatan lain, termasuklah ubat-ubatan moden pada hari ini. Pada asasnya, minyak tamanu mempunyai ciri-ciri menggalakkan pertumbuhan semula (regeneratif) dan penyembuhan yang luar biasa. Selain itu, minyak ini mempunyai pelbagai spektrum penggunaan dan faedah yang luas. Oleh itu, minyak ini boleh digunakan untuk apa sahaja masalah kulit.

Kredit Earthbuddies.com

Kredit Earthbuddies.com

Mengapa Minyak Tamanu Sangat Berkesan?

Salah satu manfaat hebat minyak tamanu ini adalah ia boleh menyerap ke dalam ketiga-tiga lapisan kulit: epidermis, dermis dan hipodermis. Berdasarkan manfaat yang disebutkan tadi, minyak tamanu telah digunakan sebagai antibiotik semula jadi.

Pada tahun 1953, Profesor Ledener telah mengasingkan sesuatu yang dipanggil lakton yang terdapat di dalam minyak tamanu di mana ianya adalah sumber antibiotik semulajadi. Komponen lain di dalam minyak tamanu adalah Asid Calophyllic. Asid Calophyllic membantu pertumbuhan semula kulit. Asid ini dikatakan sebagai sumber aset minyak tamanu untuk menyembuhkan parut.

Rasa sakit di bahagian pinggul, punggung, belakang paha dan bahagian yang bersebelahan dirujuk sebagai sciatica. Kesakitan atau ketidakselesaan ini dikatakan dapat dibantu oleh minyak tamanu bagi mengurangkan kesakitan. Begitu juga dengan neuritis dan rheumantism.

Selepas pembedahan seperti biopsi atau sebarang contoh lain di mana terdapat luka berjahit, penggunaan minyak tamanu dapat membantu di dalam proses penyembuhan luka. Penggunaan minyak tamanu yang lain termasuklah digunakan sebagai antiradang semulajadi apabila digunakan secara sapuan. Di samping itu, sifat analgesiknya membantu menghilangkan rasa sakit dengan sangat cepat.

Sesetengah pengguna telah mendapati kuasa penyembuhan yang ketara dalam hanya lima atau enam kali penggunaan sahaja.

Cicatrization

Minyak Tamanu yang digunakan untuk merawat luka dikesan mempunyai keupayaan untuk meningkatkan pembentukan tisu baru sehingga mampu mempercepatkan penyembuhan dan pertumbuhan kulit yang sihat. Proses pembentukan tisu baru ini dikenali sebagai cicatrization.

Parut

Berdasarkan penilaian dan pemantauan terhadap rawatan parut lama, minyak tamanu telah menunjukkan perubahan pada penampilan parut dari kedua-dua perspektif iaitu kualitatif (skor purata visual) dan kuantitatif (pengurangan panjang dan lebar parut).1

Antiradang

Aktiviti ini sebahagiannya adalah disebabkan oleh 4 phenylcoumarin calophyllolide dan sekumpulan xanthones dalam minyak ini. Ia termasuklah dehydrocycloguanandin, calophyllin-B, jacareubin, mesuazanthone-A, mesuazanthone-B dan euxanthone. Semua xanthone di dalam minyak tamanu telah menunjukkan aktiviti antiradang yang boleh mengurangkan ruam, luka, bengkak dan melecet.

Antibakteria dan antikulat

Minyak tamanu telah menunjukkan aktiviti antimikrobial yang penting seperti yang ditunjukkan di dalam ujian antibakteria dan antikulat. Minyak ini mengandungi beberapa agen bakteria / fungisida yang kuat, yang menunjukkan keberkesanan terhadap pelbagai patogen manusia dan haiwan. Ejen antimikrob fitokimia ini termasuklah friedelin, canophyllol, asid canofil dan inophynone.

Tabir suria – SPF 30

  • Faktor perlindungan matahari (SPF 30) yang kalis air (terhadap UVA dan UVB).
  • Tindakan penghalang yang sangat berkesan.
  • Melindungi terhadap selaran matahari (sunburn) dan penuaan kulit pramatang.
  • Membantu dalam penyembuhan dan menenangkan kulit yang rosak akibat sinaran

Antioksidan – Antipenuaan

Xanthones dan coumarins di dalam minyak tamanu menunjukkan sifat antioksidan, khususnya menghalang lipid peroxidation. Membran sel diperbuat daripada lipid. Aktiviti antioksidan minyak tamanu membantu melindungi sel-sel kulit dari kerosakan oleh spesies oksigen reaktif (ROS) dan antagonis oksidatif yang lain.

Berikut adalah senarai lain khasiat minyak tamanu yang menakjubkan. Minyak tamanu berkesan merawat keadaan-keadaan berikut:

  • Bau badan
  • Bau kaki
  • Bengkak
  • Bintik panas
  • Dermatitis
  • Ekzema
  • Gigitan serangga
  • Jerawat
  • Keracunan pohon Poison Ivy
  • Kerengsaan kulit disebabkan oleh alahan
  • Kudis
  • Kulat kuku jari kaki
  • Kulit pecah
  • Kutil (termasuk kutil air)
  • Lebam
  • Luka akibat diabetes
  • Luka granuloma
  • Luka herpes
  • Luka/ ulser kulit
  • Luka selepas pembedahan
  • Luka terbakar (api dan bahan kimia)
  • Melecet
  • Melepuh
  • Menggaru berlebihan
  • Mengurangkan atau mencegah ruam
  • Rekahan kulit (Fissure)
  • Parut
  • Psoriasis
  • Radiodermatitis (komplikasi kulit yang disebabkan oleh radiasi)
  • Regenerasi tisu dan kulit luka (Penggunaannya boleh menyebabkan rasa sedikit gatal)
  • Rekahan payudara (stretchmark)
  • Ruam lampin
  • Selaran matahari (sunburn)
  • Vaginitis

Nota penting:
Sila ambil perhatian. Minyak tamanu mempunyai khasiat hebat merawat pelbagai masalah kulit secara berkesan dan semulajadi. Namun, ia TIDAK SESUAI digunakan oleh individu yang mempunyai masalah ALAHAN terhadap KEKACANG.

Artikel berkaitan:

 

4 thoughts on “

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *