
Ethanolamines (DEA, MEA & TEA)
🔍 Adalah kumpulan kimia yang terdiri daripada asid amino dan alkohol.
🔍 Nama-nama berkaitan:
– Triethanolamine, TEA
– Diethanolamine, DEA
– Monoethanolamine, MEA
🔍 Terdapat dalam kosmetik berwarna, produk penjagaan kulit & syampu.
🔍 Fungsi:
– DEA digunakan sebagai pengemulsi dalam syampu, pembersih, dan detergen.
– TEA digunakan sebagai wangian, pelaras pH dan pengemulsi.
🔍 Mereka dikaitkan dengan kanser, ketoksikan sistem organ, dan tindak balas alahan.
⚠️ Kenapa perlu ELAK?
🚫 Dalam rumusan kosmetik, DEA boleh bertindak balas dengan bahan-bahan lain untuk membentuk karsinogen yang dipanggil nitrosodiethanolamine (NDEA) yang diserap melalui kulit.
🚫 Kajian menunjukkan bahawa 52 hingga 68 peratus DEA dalam pewarna rambut, lotion badan dan syampu terus berada di lapisan kulit atas selepas digunakan.
🚫 DEA memberi kesan kepada kesihatan REPRODUKTIF LELAKI dengan mengubah struktur SPERMA, menyebabkan kelainan yang menjejaskan keupayaan sperma untuk berenang dan menyuburkan telur ovum.
🚫 DEA terkumpul di hati dan buah pinggang, menyebabkan keracunan organ.
🚫 Terdapat kajian mencadangkan bahawa fungsi ingatan dan perkembangan otak dalam anak-anak boleh terjejas disebabkan oleh pendedahan IBU HAMIL kepada DEA.
🚫 Penemuan kajian makmal mendapati TEA & DEA berisiko mencetuskan kanser pada tikus betina.
Jom bantu lebih ramai orang menjadi pengguna BIJAK!
Sila kongsi supaya ramai lagi yang boleh mendapat MANFAAT daripada info penting ini.
Terima kasih kerana bersama dengan kami!

