Polyethylene Glycols (PEG)

🔍 Merupakan bahan berasaskan PETROLEUM.

🔍 Sering digunakan dalam krim & cecair produk kecantikan, khususnya sebagai agen pelembab.

🔍 Mempunyai banyak nama lain:
> Propylene glycol
> Polyethylene glycols
> Polyoxyethylene
> Perkataan dengan “-eth” atau “-oxynol” di dalamnya.

🔍 Mempunyai kesan MENINGKATKAN TAHAP PERESAPAN BAHAN ke dalam kulit, yang penting untuk diingati kerana beberapa sebab:

>  PEG secara tidak langsung menjadikan lebih mudah bagi bahan-bahan lain yang TIDAK DIINGINI / berbahaya pada kulit atau kesihatan dalam produk penjagaan kulit, untuk MENEMBUSI JAUH ke dalam kulit anda.

> PEG mempunyai potensi untuk MENGGANGGU IMBANGAN KELEMBAPAN semulajadi kulit, dengan itu mengubah ketegangan permukaan kulit.

> PEG sering TERCEMAR dengan kekotoran toksik seperti 1,4-Dioxane dan Ethylene Oxide.

⚠️ Kenapa perlu ELAKKAN PEG?

🚫 1,4-Dioxane adalah bahan yang diketahui boleh menyebabkan KANSER.

🚫 Kajian juga telah menunjukkan bahawa pendedahan kepada 1,4-Dioxane yang BERKEPEKATAN TINGGI boleh menyebabkan KERENGSAAN mata, kulit dan pernafasan, kesan pada sistem saraf, dan KERACUNAN hati dan buah pinggang.

🚫 Ethylene Oxide telah menunjukkan sedikit potensi karsinogenik dalam model HAIWAN. Namun kajian epidemiologi kesan karsinogenik pada manusia disebabkan pendedahan kepada Ethylene Oxide masih lagi berterusan.

🚫 Maklumat mengenai ketoksikan PEG masih terhad dan banyak terdapat percanggahan. Sebaiknya, PEG dielakkan untuk memastikan keselamatan pengguna sebagai langkah berhati-hati.

Jom bantu lebih ramai orang menjadi pengguna BIJAK!

Sila kongsi supaya ramai lagi yang boleh mendapat MANFAAT daripada info penting ini.

Terima kasih kerana bersama dengan kami!

#RonaseraNaturalOfficial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *