Cara Memilih Minyak Tamanu Tulen Berkualiti Terbaik
Apa Yang Perlu Anda Pertimbangkan Apabila Mahu Memilih Minyak Tamanu Tulen Berkualiti Terbaik
Terdapat beberapa cara untuk membezakan antara minyak tamanu tulen dengan minyak tamanu yang telah dicairkan. Anda sentiasa boleh bertanya kepada pengedar minyak tamanu dengan soalan-soalan seperti: “dari mana asalnya?”, “adakah ia organik?”, “mentah?”, “tulen?” dan sebagainya. Lebih banyak anda tahu mengenai minyak tamanu lagi bagus sebenarnya. Pengedar seharusnya mudah dan senang untuk memberikan anda jawapan kerana mereka harus berbangga dengan kualiti produk yang ditawarkan.

Selain daripada boleh dicairkan, minyak tamanu juga boleh diadun dengan bahan lain bagi memperkayakan khasiatnya. Bagaimanapun, jika anda mahu membeli minyak tamanu yang tulen dan berkualiti tinggi, berikut adalah ENAM perkara penting yang perlu anda pertimbangkan:
Ketulenan, Mentah, Organik: Carilah minyak Tamanu yang belum dicairkan dengan apa-apa bahan tambahan. Ronasera menawarkan minyak tamanu tulen tanpa diadun dengan bahan tambahan lain.
Cold Pressed (Perahan Dingin): Perahan dingin merujuk kepada tindakan “memerah” minyak tamanu dari biji-bijian kacangnya secara semula jadi, bukannya dilakukan dengan pengekstrakan berskala besar menggunakan pelarut di mana ia boleh menjejaskan khasiat minyak kerana berlakunya pengurangan khasiat antioksidan semulajadi, vitamin dan komponen lain.
Warna : Minyak tamanu tulen haruslah berwarna kuning kehijauan ke warna hijau gelap.
Kepekatan: Minyak tamanu tulen haruslah mempunyai kepekatan sederhana dan tidak terlalu cair.
Aroma : Minyak tamanu tulen haruslah mempunyai aroma tersendiri yang kuat tetapi menyenangkan. Ia berbau seperti “kekacang” dan “kayuan”.
Lokasi Asal: Tentukan dari mana minyak tamanu tersebut ditanam dan dihasilkan. Kebiasaannya ia berasal dari persisiran pulau-pulau di Pasifik Selatan. Sila ambil perhatian, minyak tamanu terbaik berasal dari pokok-pokok liar tua berhampiran lautan bukannya ditanam di ladang. Sekiranya anda benar-benar mahu mencuba kualiti minyak tamanu yang berkualiti tinggi dan paling tulen, anda sudah berada di tempat yang betul. Anda boleh mencuba minyak tamanu tulen Ronasera. Ia adalah minyak tamanu tulen tanpa dicairkan dengan bahan tambahan lain, diimport khas dari Vanuatu.


Nota penting:
Sila ambil perhatian. Minyak tamanu mempunyai khasiat hebat merawat pelbagai masalah kulit secara berkesan dan semulajadi. NAMUN, ia TIDAK SESUAI digunakan oleh individu yang mempunyai masalah ALAHAN terhadap KEKACANG.
Artikel berkaitan:


2 thoughts on “”