Khasiat Timun Pada Kulit
Timun telah disukai selama berabad-abad di dalam perubatan tradisional. Sayur yang sejuk dan menyegarkan ini mampu melawan pelbagai penyakit; daripada masalah perut dan anemia sehinggalah ke kanser dan diabetes. Pulpa timun bersifat antiradang dan antioksidan. Anda boleh memakan timun untuk kekuatan tulang dan keserian wajah.
1. Melawan Kanser
Cucurbitacin dan triterpenoids yang terdapat di dalam timun adalah tumpuan utama mengapa timun ini mampu merawat pelbagai penyakit. Bahan-bahan kimia ini mampu menghalang sel-sel kanser daripada membiak dan terus hidup. Fisetin dalam timun juga merupakan agen kimia penghalang. Kajian terkini tertumpu kepada potensi anti-kanser timun. Ia mempunyai potensi untuk menghentikan penyebaran sesetengah kanser termasuklah melanoma (sejenis kanser kulit).1Lee, Dhong Hyun, Gabriela B. Iwanski, and Nils H. Thoennissen. “Cucurbitacin: ancient compound shedding new light on cancer treatment.” The Scientific World Journal 10 (2010): 413-418, 2Khan, Naghma, Farrukh Afaq, Deeba N. Syed, and Hasan Mukhtar. “Fisetin, a novel dietary flavonoid, causes apoptosis and cell cycle arrest in human prostate cancer LNCaP cells.” Carcinogenesis 29, no. 5 (2008): 1049-1056
2. Menyediakan Manfaat Kecantikan
Terima kasih kepada sifat sejuk timun kerana ia sering digunakan di dalam barangan kosmetik sebagai agen penyejuk kulit. Sifat timun yang mengandungi paras air yang tinggi boleh menghidrasikan kulit dan menjadikan kulit berseri. Selain itu, timun juga mengandungi asid askorbik dan asid caffeic di mana kedua-duanya menghalang pembendungan air. Inilah sebabnya mengapa timun boleh melegakan mata bengkak, kesan terbakar dan juga dermatitis (radang kulit). Jus timun adalah sumber silica yang sangat bagus di mana ia boleh membaikpulih kesihatan kulit.
Timun boleh dijadikan penyelesaian bagi segala masalah jerawat, parut, kedutan sehinggalah garis ketawa. Ia menghentikan kerosakan elastin dan asid hyaluronic di mana ia akan menganjalkan dan menghidrasikan kulit, membina kolagen, mengekalkan kelembapan dan kelembutan kulit serta melawan tanda-tanda penuaan. Sapukan jus timun sebelum berjemur di bawah matahari untuk mengelakkan selaran matahari dan kerosakan sel kulit akibat sinar UV.
Lagi manfaat penggunaan timun untuk kulit adalah menjauhkan kulit anda daripada jerawat, garis dan kedutan. Melindungi kulit daripada matahari, mencerahkan kulit, menyembuhkan parut, merawat mata bengkak, kesan terbakar dan dermatitis, mengekalkan tona kulit dan menganjalkan kulit.
Sehingga kini, kepingan timun masih digunakan untuk mengubati kehitaman di bawah mata bagi wanita seluruh dunia. Spa juga masih menggunakan timun untuk rawatan mata.3Belsito, M. D., Ronald A. Hill, Curtis D. Klaassen, Daniel Liebler, James G. Marks Jr, and C. Ronald. “Cucumis Sativus (Cucumber)-Derived Ingredients as Used in Cosmetics.” (2012) , 414- Lim, T.K., Edible Medicinal And Non-Medicinal Plants: Volume 2, Fruits. Springer. 2012
3. Menjauhkan wajah anda daripada jerawat
Menurut kajian, timun mampu merendahkan aras sebum dengan ketara. Sebum ialah cecair berminyak yang dirembeskan oleh kelenjar sebum pada kulit muka anda. Sebum yang berlebihan akan terkumpul bersama sel kulit mati, menyekat pori-pori muka dan akhirnya membentuk jerawat.
Dalam satu kajian juga, formulasi yang mengandungi timun di dalamnya, diperhatikan mampu mengurangkan kehilangan air dari dalam badan melalui kulit – fenomena ini dikenalpasti sebagai trans-epidermal water loss (TEWL). Seterusnya ini menambahkan kelembapan kulit, yang memperkasakan lagi kesan antijerawat. 5Akhtar, Naveed, ArshadMehmood, Barkat Ali Khan, Tariq Mahmood, Haji Muhammad, Shoaib Khan, and Tariq Saeed. “Exploring cucumber extract for skin rejuvenation.” African Journal of Biotechnology 10, no. 7 (2011): 1206-1216
4. Menjauhkan garis dan kedutan
Timun mampu menjadikan kulit anda kekal awet muda disebabkan oleh kandungan air yang banyak dan sifat antioksidannya yang menghidrasikan dan melembutkan kulit.
Menurut sebuah kajian, jus timun mengandungi aktiviti anti-hyaluronidase yang kuat. Ini bermakna, ia mengelakkan enzim hyaluronidase daripada menurunkan paras asid hyaluronic iaitu bahan semulajadi di dalam badan yang membantu melembapkan kulit.
Kulit anda juga mempunyai sejenis protein bernama elastin yang bertujuan mengekalkan keanjalan kulit. Timun menyekat kerosakan elastin yang disebabkan oleh enzim elastase, malah menganjalkan lagi kulit dan membantu pembaharuan sel sejurus dengan pembentukan kolagen. Ini menjadikan timun sebagai bahan yang penting dalam formulasi anti-penuaan.6Nema, Neelesh K., NiladriMaity, B. Sarkar, and Pulok K. Mukherjee.”Cucumissativus fruit-potential antioxidant, anti-hyaluronidase, and anti-elastase agent.” Archives of dermatological research 303, no. 4 (2011): 247-252
5. Melindungi daripada matahari
Timun adalah pelindung matahari semulajadi. Pelindung matahari yang mengandungi timun selalunya memberikan kesan yang positif. Terima kasih kepada flavonoids, tannins dan vitamin C di dalam timun yang memberikan kesan antioksidan kepada timun. Ia turut membantu untuk melawan kerosakan sel akibat sinaran UV. Timun juga mempunyai kesan menenangkan kesakitan. Kedua-dua kesan ini sudahpun menerangkan mengapa timun digunakan sebagai pelindung matahari yang berkesan.7Kantivan, P., M. Samant, and R. Srivastava. “Natural sunscreen agents: a review.” SchAcad J Pharm 2 (2013): 458-63, 8Kumar, D., S. Kumar, J. Singh, B. D. Vashistha, and N. Singh. “Free radical scavenging and analgesic activities of Cucumis sativus L. fruit extract.”Journal of Young Pharmacists 2, no. 4 (2010): 365-368
6. Mencerahkan kulit
Sebagai pencerah kulit semula jadi, timun mampu merendahkan aras melanin pada kulit. Ia menjadikannya bagus untuk mencerahkan kulit.
Timun kaya dengan Vitamin C yang bersifat antioksidan. Ia meneutralkan radikal-radikal bahaya yang dihasilkan oleh sinar UV sewaktu terdedah kepada cahaya matahari yang turut meningkatkan paras melanin pada kulit.9Akhtar, Naveed, ArshadMehmood, Barkat Ali Khan, Tariq Mahmood, Haji Muhammad, Shoaib Khan, and Tariq Saeed. “Exploring cucumber extract for skin rejuvenation.” African Journal of Biotechnology 10, no. 7 (2011): 1206-1216
7. Memulihkan parut
Sekiranya anda mempunyai kulit yang sensitif, timun boleh di jadikan rakan baik anda! Timun bukan sahaja boleh menyejukkan badan anda apabila dimakan, ia juga dapat melegakan kulit anda sekiranya ia disapu pada permukaan kulit anda. Menurut kajian juga, timun melegakan kulit terbakar dan mengurangkan keradangan.
Terdapat juga kajian yang membuktikan bahawa timun mampu mengurangkan kesakitan dan melegakan kulit terbakar. Secara tidak langsung, ia juga bagus untuk merawat parut pada kulit.10Mukherjee, Pulok K., Neelesh K. Nema, NiladriMaity, and Birendra K. Sarkar.”Phytochemical and therapeutic potential of cucumber.” Fitoterapia84 (2013): 227-236
8. Menganjalkan kulit
Kesan penggunaan timun yang dapat menganjalkan kulit menjadikan timun sebagai bahan semula jadi yang hebat. Anda boleh menggunakan jusnya sebagai toner atau pembersih solekan wajah. Timun yang mempunyai kandungan air yang tinggi ini akan melembutkan dan menganjalkan kulit anda secara tidak langsung.11Kantivan, P., M. Samant, and R. Srivastava. “Natural sunscreen agents: a review.” SchAcad J Pharm 2 (2013): 458-63

