
Alkohol ‘tidak baik’
🔍 Merujuk kepada jenis alkohol yang bersifat mengeringkan and mudah tersejat.
Disenaraikan pada label bahan seperti:
– Alcohol SD
– Alcohol denat/ denatured
– Isopropyl alcohol
– Isopropanol
🔍 Digunakan dalam produk penjagaan untuk kulit berminyak seperti penyegar (toner) & pelembab.
🔍 Berfungsi untuk menggalakkan bahan-bahan ramuan meresap jauh ke dalam kulit, memberikan rasa cepat mengering pada losyen atau penyegar, serta segera menghilangkan rasa berminyak pada kulit.
🔍 Fungsi alkohol yang tersebut sering menjadi daya tarikan terutama kepada individu yang mempunyai kulit berminyak.
🔍 Malangnya faedah SEMENTARA ini mempunyai kesan JANGKA PANJANG yang NEGATIF terutama jika ia tersenarai di antara enam bahan pertama pada label produk.
⚠️ Kenapa perlu ELAK?
Kesan negatif JANGKA PANJANG yang menyebabkan:
🚫 KEKERINGAN & HAKISAN permukaan kulit.
🚫 MELEMAHKAN kemampuan kulit untuk proses PEMULIHAN & PEMBAHARUAN sel-sel, lantas menjejaskan proses PEREMAJAAN kulit.
🚫 Merosakkan permukaan kulit.
🚫 PORI-PORI semakin membesar.
🚫 Kulit menjadi semakin BERMINYAK.
🚫 Mencepatkan proses PENUAAN kulit.
Jom bantu lebih ramai orang menjadi pengguna BIJAK!
Sila kongsi supaya ramai lagi yang boleh mendapat MANFAAT daripada info penting ini.
Terima kasih kerana bersama dengan kami!

#RonaseraNaturalOfficial

