

Quats
🔍 Merupakan sekumpulan besar bahan kimia dan petrokimia yang mengandungi sebatian quaternary ammonium compound (QAC).
🔍 Berfungsi sebagai pengawet produk, antimikrob, ejen antistatik, surfaktan serta memberikan rasa licin pada kulit & rambut.
🔍 Digunakan sebagai perapi rambut (conditioner), gel ‘styling’ rambut, pelembap kulit, mandian buih dan sebagainya.
🔍 Antara contoh Quats adalah Benzalkonium Chloride, Behentrimonium Chloride, Cetalkonium Chloride, Steardimonium Chloride, Cetrimonium Bromide, Cetrimonium Chloride, polyquaternium, Lauryl Dimonium Hydrolysed Collagen, Diethyl Ester Dimethyl Ammonium Chloride, Dialkyl Dimethyl Ammonium Methyl Sulfate, Hydroxethyl Methyl Ammonium Methyl Sulfate.
⚠️ Kenapa perlu ELAK?
🚫 Di Amerika Syarikat, Persatuan Klinik Pekerjaan dan Alam Sekitar (AOEC), telah mengklasifikasikan Quats sebagai “asthmagen” yang bermaksud mereka boleh mencetuskan serangan ASMA walaupun pada individu BUKAN PENGIDAP asma.
🚫 Bahan-bahan berasaskan petrokimia telah diketahui menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang serius, seperti KANSER dan gangguan ENDOKRIN (hormon).
🚫 Pada kulit, mereka menyumbat liang pori kulit, mengganggu pengeluaran sebum semula jadi yang mengakibatkan ketidakseimbangan kulit.
🚫 Benzalkonium Chloride telah diketahui mempunyai kesan yang paling ketara terhadap gangguan fungsi HORMON semulajadi dan menyebabkan ketoksikan SISTEM REPRODUKTIF.
🚫 Di Eropah, Jawatankuasa Saintifik Keselamatan Pengguna, telah menghadkan penggunaan Behentrimonium Chloride (bawah 3% bagi produk bilas dan di bawah 0.5% bagi produk sapuan).
🚫 Di Amerika Syarikat, Quats masih banyak digunakan sebagai perapi rambut oleh kedua-dua golongan pengeluar jenama konvensional mahupun yang mengaku ‘natural’. Jadi adalah PENTING untuk anda semak senarai bahan pada LABEL sebelum membeli sesuatu produk penjagaan kulit atau rambut.
Jom bantu lebih ramai orang menjadi pengguna BIJAK!
Sila kongsi supaya ramai lagi yang boleh mendapat MANFAAT daripada info penting ini.
Terima kasih kerana bersama dengan kami!

#RonaseraNaturalOfficial

