Sehingga saat ini, kami telah kongsikan sebanyak 23 kumpulan bahan-bahan kimia yang perlu DIELAKKAN dalam produk yang BAKAL anda guna & beli, tidak kira dibeli dari FARMASI, secara ONLINE, dari Malaysia mahupun diimport dari LUAR NEGARA.
Tidak kira untuk kegunaan diri sendiri atau SELURUH AHLI KELUARGA termasuk BAYI anda, sebaiknya anda TELITI DULU bahan-bahan yang digunakan dalam produk penjagaan KULIT, RAMBUT & PERIBADI.
Menjadi LUMRAH pihak PENGELUAR PRODUK serta PENJUAL produk akan mengatakan produk mereka selamat. Hanya SEGELINTIR yang benar-benar JUJUR.
Kebanyakan pengeluar hanya mementingkan KEUNTUNGAN semata-mata, TANPA mengambil berat KESELAMATAN pada KESIHATAN para pengguna.
HAK anda sebagai PENGGUNA BIJAK ialah mendapatkan SENARAI PENUH bahan-bahan yang digunakan dalam produk yang anda berminat untuk beli. BUKAN SETAKAT SENARAI BAHAN AKTIF yang digunakan sahaja.
Kenapa mesti dapatkan SENARAI PENUH bahan-bahan?
Ini adalah kerana KEBANYAKAN PRODUK di pasaran TEMPATAN mahupun ANTARABANGSA, walaupun MENGAKU produk tersebut sebagai NATURAL atau ORGANIK, jika diteliti pada LABEL bahan-bahan, majoriti masih menggunakan campuran bahan-bahan berasaskan PETROKIMIA.
Bahan-bahan tersebut telah banyak dikaitkan melalui kajian klinikal, mempunyai risiko mengganggu SISTEM KESIHATAN serta MERENGSAKAN KULIT.
Tiada cara lain untuk memastikan produk yang bakal anda beli adalah selamat MELAINKAN ANDA BACA & TELITI SENDIRI bahan-bahan pada label.
Tetapi, SEBELUM baca label, anda mesti KENAL dulu jenis-jenis bahan dalam produk yang perlu DIELAK.
Seterusnya bolehlah ikuti 2 CARA ASAS BACA LABEL seperti yang tertera pada infografik yang kami kongsikan kali ini.
Jom jadi PENGGUNA BIJAK!
Terima kasih kerana bersama kami!
Terus kongsi jika anda rasa maklumat ini boleh membantu ramai orang lain mendapat MANFAAT KESIHATAN secara BEBAS BAHAN TOKSIK.
Selamat baca label!

