Khasiat Minyak Biji Tembikai Pada Kulit
Minyak biji tembikai kaya dengan magnesium dan zink. Berikut adalah penerangan lanjut mengenai khasiat magnesium dan zink bagi kesihatan rambut dan kulit anda.
1. Menguatkan rambut
Magnesium memainkan peranan bagi menguatkan rambut dan menghalang rambut rosak. Kesan khasiat magnesium juga dapat meningkatkan pertumbuhan rambut.
Penting untuk anda ketahui bahawa rambut anda akan berubah setiap 7 tahun. Aras magnesium yang rendah akan mempercepatkan keguguran rambut.
Salah satu cara untuk memelihara akar rambut anda adalah dengan memastikan aras magnesium mencukupi.
Dalam kajian orang Korea, zink boleh menghalang folikel rambut daripada merosot serta mempercepatkan penyembuhan folikel rambut. 1https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3870206/
2. Membersihkan kulit dan membaiki kesihatan kulit
Magnesium dalam biji tembikai boleh membantu memperbaiki penampilan kulit anda. Ia boleh mengurangkan jerawat dan merawat isu-isu kulit yang lain kerana ia dapat bertindak merendahkan aras cortisol dan menyeimbangkan hormon.
Magnesium topikal (sapuan) turut merawat kemerahan. Ia mampu membersihkan kulit dengan mendalam dan menghalang isu-isu kulit yang akan datang.
Ia juga menghalang pembentukan kedutan di muka apabila enzim yang berupaya mengawal replikasi DNA dan memperbaiki mineral melakukan tugas mereka.
Tambahan pula, sel kulit yang tumbuh tanpa kehadiran magnesium adalah dua kali ganda lebih mudah diserang bendasing yang merosakkan kulit.
Alergi kulit seperti ekzema adalah penyakit yang diakibatkan oleh kekurangan magnesium. Aras magnesium yang rendah akan menyebabkan badan menghasilkan histamines. Histamines menyebabkan kegatalan pada kulit (berpunca daripada saluran darah bengkak yang akhirnya mengeluarkan cecair ke dalam tisu kulit).
Aras magnesium yang rendah juga akan mengurangkan aras asid lemak pada kulit yang mendorong kepada pengurangan keanjalan dan kelembapan kulit dan seterusnya mengakibatkan keradangan dan kulit kering.
Magnesium juga membantu melawan stress yang seterusnya mengurangkan jerawat.
Sesetengah kes pembentukan jerawat pula adalah disebabkan oleh kekurangan zink. Memandangkan biji tembikai kaya dengan zink, ia dapat membantu dalam hal ini.
Zink juga digunakan untuk merawat penyakit herpes yang ringkas serta mempercepatkan penyembuhan luka.2https://www.webmd.com/vitamins-supplements/ingredientmono-982-zinc.aspx?activeingredientid=982
3. Memperlambatkan penuaan kulit
Terdapat kajian yang menyatakan bahawa magnesium mampu memperlambatkan penuaan kulit.
Zink juga memainkan peranan di dalam sintesis protein, pembahagian sel dan juga memperbaiki liang-liang pori muka di mana ianya adalah penyebab mengapa biji tembikai dapat memperlambatkan penuaan kulit.3https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2790427/


Saya baru sedar sebenarnya penghasilan minyak tak terhad guna jagung, kelapa sawit dan kelapa sahaja. Perkongsian yang baik. Syabas!
Ya Puan, banyak lagi sebenarnya minyak yang dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan. Terima kasih kerana sudi singgah ke laman web Arona Oasis. Semoga perkongsian daripada laman web ini dapat memberikan manfaat kepada Puan dan pengunjung yang lain 🙂