
Phthalates
🔍 Nama lain: Phthalic acid esters
🔍 Merupakan bahan kimia pelbagai fungsi.
🔍 Biasanya dikesan dalam label sebagai fragrance/parfum (wangian), yang boleh mengandungi beratus-ratus bahan kimia dalam setiap wangian. Fragrance ditambah dalam produk untuk ‘menutup’ bauan bahan kimia lain yang mungkin agak tajam atau menyengitkan dalam sesuatu produk.
🔍 Phthalates dikesan dalam hampir tiga perempat daripada 72 produk yang diuji oleh Kumpulan Kerja Alam Sekitar di USA, walaupun perkataan “phthalate” tidak pernah muncul pada mana-mana label.
🔍 Pada manusia, ia telah dikesan dalam darah, cecair ketuban (amniotic fluid) & susu ibu di banyak negara di dunia.
🔍 Ketika ini, phthalates telah DIHARAMKAN penggunaannya di negara-negara Kesatuan Eropah (European Union) di bawah kategori 2 (bahan yang menjejaskan tahap kesuburan manusia).
🔍 Namun, sesetengah negara seperti USA masih membenarkan phthalates dalam produk kosmetik & penjagaan kulit. Jadi anda perlu berhati-hati sekiranya membeli produk kecantikan dari USA.
Kenapa perlu ELAKKAN Phthalates?
🚫 Telah dikaitkan dengan kecacatan kelahiran pada sistem pembiakan kanak-kanak lelaki dan melemahkan motiliti/pergerakan sperma yang pada lelaki dewasa. Ini menjejaskan tahap kesuburan kaum Adam.
🚫 Telah dikaitkan dengan risiko berlakunya KANSER PAYUDARA.
🚫 Kajian terhadap tikus telah melaporkan kesan buruk phthalates secara meluas. Namun, kajian risiko terhadap manusia masih menjadi subjek perdebatan yang masih berterusan.
Jom bantu lebih ramai orang menjadi pengguna BIJAK!
Sila kongsi supaya ramai lagi yang boleh mendapat MANFAAT daripada info penting ini.
Terima kasih kerana bersama dengan kami!


One thought on “”