
Hydroquinone
Merupakan bahan pencerah kulit dengan kesan yang kuat, mampu memutihkan kulit dalam waktu singkat hanya beberapa hari saja. Kulit akan kelihatan cerah kemerah-merahan seperti kulit bayi.
Memerlukan preskripsi ubat oleh doktor untuk menggunakannya.
TEMPOH masa penggunaan TIDAK BOLEH melebihi 2 BULAN.
Semasa rawatan dengan bahan aktif ini, kulit mesti dilindungi dari pancaran sinar matahari.
Kenapa perlu ELAKKAN Hydroquinone?
Berfungsi mengurangkan pengeluaran dan meningkatkan kadar penguraian pigmen melanin dalam kulit. Ini meningkatkan pendedahan kulit kepada sinar UVA dan UVB dalam cahaya matahari, seterusnya meningkatkan RISIKO KANSER KULIT.
Sekiranya digunakan berterusan melebihi tempoh 2 bulan, ia boleh menyebabkan komplikasi penyakit kulit yang dipanggil OCHRONOSIS di mana WARNA KULIT akan berubah kepada HITAM & BIRU yang boleh kekal pada kulit & SUKAR untuk DIPULIHKAN.
Kajian pada haiwan mendapati pendedahan yang cukup boleh menyebabkan berlakunya tumor/ketumbuhan.
Nantikan info tentang bahan kosmetik ke #4 dan seterusnya ya.
Jom bantu lebih ramai orang menjadi pengguna BIJAK!
Sila [like] & [KONGSI/SHARE] supaya ramai lagi yang boleh mendapat MANFAAT daripada info penting ini.
Terima kasih kerana bersama dengan kami! ![]()

#RonaseraNaturalOfficial


One thought on “”