
Sodium Laureth Sulfate (SLES)
Diperkenalkan di seluruh dunia lebih dari 60 tahun lalu sebagai surfaktan pengemulsi atau detergen (pencuci) dan bersifat menghakis serta hebat memecahkan lemak.
Digunakan sebagai bahan pencuci utama dan penggalak buih dalam kebanyakan produk seperti syampu, sabun, cecair mandian, pencuci muka, ubat gigi serta dalam produk pencuci lantai dan pembersih enjin jentera.
Kenapa perlu ELAKKAN *SULFATE*?
Semasa penghasilan SLS, proses ethoxylation menyebabkan SLS tercemar dengan dioxane, iaitu sejenis bahan karsinogenik (penyebab kanser).
Mungkin mengandungi ethylene oxide, bahan kimia yang mengganggu sistem saraf, kerosakan buah pinggang dan hati.
Kajian menunjukkan bahawa struktur SULFATE adalah penyebab kerengsaan kulit. Jadi perhatikan & jauhi juga bahan detergen lain seperti Ammonium Lauryl SULFATE dan lain-lain.
SLS adalah detergen anionik yang lebih merengsakan kulit dan mata berbanding dengan bahan pencuci amphoteric dan non-ionic.
Disebabkan ia bersifat sangat menghakis, SLS boleh menyingkirkan lipid dari kulit kita, mengeringkannya dan memecahkan membran sel, membolehkannya menembusi lebih jauh ke dalam badan kita dan mencetuskankan tindak balas imun tubuh.
Ia menyebabkan tindak balas keradangan kulit seperti contact dermatitis.
Jom bantu lebih ramai orang menjadi pengguna BIJAK!
Sila [like] & [kongsi] supaya ramai lagi yang boleh mendapat MANFAAT daripada info ini.
Terima kasih kerana bersama dengan kami! ![]()


One thought on “”