
Paraben
Parabens adalah sekumpulan bahan kimia yang berfungsi sebagai pengawet (preservative) dalam produk-produk penjagaan wajah & badan seperti deodoran, syampu, sabun, ubat gigi, gincu dan lain-lain.
Juga boleh didapati dalam banyak makanan segera & terproses seperti mayonis, mustard, salad dressings, sos dan manisan.
Parabens seringkali disenaraikan pada label botol sebagai methyl paraben, ethyl paraben, propyl paraben, butyl paraben, isobutyl paraben atau E216.
Kenapa perlu ELAKKAN Parabens?
Merupakan “xeno-estrogens” yang meniru tindakan hormon estrogen dalam tubuh serta mengganggu keseimbangan hormon.
Bersifat larut lemak, bermaksud boleh terkumpul dalam lemak tubuh anda.
Payudara wanita mengandungi sel yang dikenali sebagai reseptor estrogen, yang dirangsang oleh kehadiran estrogen (atau xeno-estrogen) yang merangsang lebih banyak tisu mammary. Adalah membimbangkan sekiranya sel-sel ini dirangsang secara bukan semulajadi selepas menopause (putus haid), ketika paras hormon semulajadi berkurang, berkemungkinan menyumbang kepada kanser payudara.
Kesan sampingan lain parabens termasuk pertumbuhan payudara lelaki (gynecomastia), penyimpanan lemak yang berlebihan, jisim otot berkurangan, kesuburan terjejas, melembabkan perkembangan kanak-kanak.
Parabens juga telah dikaitkan dengan pelbagai jenis kanser.
Jom bantu lebih ramai orang menjadi pengguna BIJAK!
Sila [like] & [kongsi] supaya ramai lagi yang boleh mendapat MANFAAT daripada info ini.
Terima kasih kerana bersama dengan kami! ![]()


One thought on “”